PENGHARGAAN
Segala
pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana
dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan
Latihan Industri ini, Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda penghargaan
saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar
yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20 minggu dari 20
jun 2016 hingga 4 November 2016. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Omni2u kerana sudi menerima saya untuk
menjalani Latihan Industri di sana.
Disamping itu, tidak dilupakan kepada pihak
pengurusan Unit Latihan Industri Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kerana atas
program Latihan Industri ini, kerana ia merupakan sebuah program yang sangat
bermantfaat kepada saya untuk menghadapi masa yang akan datang . Tidak di
lupakan juga penghargaan ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana
selama saya menjalani Latihan Industri telah banyak memberi semangat, nasihat
dan dorongan serta membantu saya dari segi kewangan pengangkutan.
Akhirnya dapat juga saya
menyiapkan Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama
enam bulan. Dengan terhasilnya laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri saya.
Sehubungan dengan itu, saya berharap Laporan yang saya hasilkan ini dapat
digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang sebagai rujukan.
PENGENALAN
Latihan Industri merupakan satu komponen utama
dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar akan
ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi
mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga
diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk
menjalani Latihan Industri sama ada di badan kerajaan atau swasta. Tempoh yang
ditetapkan kepada pelajar-pelajar untuk menjalani Latihan Industri di sesebuah
firma ialah selama enam bulan.
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri atau
secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah diwajibkan keatas
semua pelajar semester empat adalah salah satu syarat untuk lulus dan memiliki
Diploma Game teknologi apabila tamat pengajian di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin
kelak.
Objektif latihan industri
ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar di kilang,
firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga adalah bertujuan supaya pelajar dapat
menanamkan semangat kerja secara berpasukan dan membuat perhubungan baik di
antara pekerja. Tujuan latihan industri ini juga adalah untuk mengaitkan teori
yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal. Walaupun ada dikalangan
pelajar yang pergi ke latihan industri tidak berkaitan namun ilmu dalam latihan
itu turut membantu pelajar semasa berkerja kelak. Objektif lain juga adalah
supaya pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan ketika bekerja
dan juga dapat membina keyakinan diri sendiri ketika berada di dalam sebuah
syarikat dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Latihan Industri
merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan
dilaksanakan pada semester empat diploma atau di semester enam bagi program
yang telah dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir
(LISA). Ianya adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana
organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan
mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar.
Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian pengajian Tinggi
Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum
dianugerahkan diploma.
OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN
INDUSTRI
Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi Latihan Industri, ia adalah bertujuan untuk :
Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi Latihan Industri, ia adalah bertujuan untuk :
·
Menterjemah
kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
·
Melahirkan
pelajar yang bijak mengurus,merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
·
Meningkatkan
pemahaman dan pengahayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan
sosial.
·
Memahami
aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.
·
Melatih
pelajar mengahasilkan laporan yang padat, tepat dan berkualiti.
·
Memberi
peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer yang dipelajari
KEPENTINGAN
LATIHAN INDUSTRI
Tanpa latihan industri, seorang pelajar
itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini
sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan.Ini kerna, kebanyakan majikan akan melihat dan menilai
bakat pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilalui
sebelum ini.
Dengan adanya latihan industri,plajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerna telah memiliki pengalaman berkerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh didalam bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman dalam bidang yang dipilih.
Pogram yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini. Lantaran itu,pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari perkerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.
Dengan adanya latihan industri,plajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerna telah memiliki pengalaman berkerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh didalam bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman dalam bidang yang dipilih.
Pogram yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini. Lantaran itu,pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari perkerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.
No comments:
Post a Comment