Komen & Cadangan
Latihan industri merupakan salah
satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk
mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan
sebenar. Pilihan Politeknik untuk memberi peluang kepada pelajar menjalani
latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat
dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental.
Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. Memang pada mulanya tempat latihan industri berjanji akan memberi tugasan yang bersesuaian namun tidak semua tugasan menjurus kepada apa yang telah dipelajari oleh pelajar.

Terdapat beberapa kelemahan
dan kelebihan yang ada bagi pihak organisasi yang perlu dipertingkatkan :
Antara kelemahan yang terdapat pada omin2u Ini ialah:
Antara kelemahan yang terdapat pada omin2u Ini ialah:
* Tidak mempunyai waktu perkerjaan yang
tetap.
* Kurang mempunyai staff
Antara kelebihan yang terdapat
di omni2u ini pula ialah:
* Mempunyai banyak project
* Memahami pihak pelanggan
* Memahami staff yang lain
* Mempunyai award
Terdapat beberapa komen kepada
pelajar yang akan atau sedang menjalani latihan industri:
* Pelajar
perlu memilih dan bertanya dengan jelas mengenai tempat yang menerima pelajar
latihan industri sebelum membuat keputusan untuk menjalani latihan industri
disitu, ini adalah untuk mengelak daripada sebarang masalah semasa
menjalani latihan industri. Tetapi jika pelajar sedang menjalani latihan
industri dan tempat pelajar menjalani latihan industri tidak memberi tugasan
yang bersesuaian dengan bidang pelajar, pelajar harus akur dan sedar bahawa di
dalam dunia pekerjaan yang sebenar kadang kala kita akan melakukan pekerjaan
diluar bidang kita tetapi kita harus cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling.
* Pelajar perlu mengetahui lokasi kawasan tempat
latihan industri bagi mengelak daripada masalah pengangkutan jika tempat
latihan industri tersebut jauh daripada kawasan kediaman pelajar terutama
bagi pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu bagi mengelakkan sebarang
masalah.
No comments:
Post a Comment