Kesimpulan
Sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah merupakan satu proses yang
berterusan dengan bertunjangkan pada asas bagi melahirkan insan yang lengkap,
seimbang dan bersepadu serta berpaksi pada prinsip - prinsip rukun negara.
Dalam menerjah senario global yang semakin kompetitif, negara amat
memerlukan seorang pemimpin di masa hadapan yang bukan sahaja berkaliber malah
baik dari segi mental mahupun fizikal. Oleh itu, latihan industri
memainkan peranan yang amat penting ke arah matlamat yang murni ini serentak
dengan seruan kerajaan yang ingin melahirkan generasi masa hadapan yang
berpengetahuan luas untuk membawa negara ke persada kemajuan yang baik serta
disegani oleh masyarakat luar.
Semasa menjalani latihan industri, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan. Khususnya dalam hal-hal praktikal. Selain daripada dapat menimba pengalaman ,seorang pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dengan melakukan kerja yang telah diajari oleh pekerja-pekerja di tempat latihan industri serta dapat mempraktikan apa yang dipelajari sewaktu di Politeknik. Dalam pada masa itu, disiplin adalah amat penting bagi melancarkan lagi perlaksanaan latihan industri kerana dengan disiplin barulah kita mendapat kepercayaan dari tempat latihan industri tersebut.

Kecekapan dalam menangani sesuatu masalah dan pengurusan masa dengan
sistematik membuatkan saya merasa lebih menghargai dan menggunakan setiap masa
yang terluang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada di dalam diri saya
sendiri. Sistem pengurusan masa yang sistematik membolehkan pelajar
menjadi seorang yang cekap dalam melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan dan
sentiasa mencari serta melihat peluang bagi memajukan diri kerana pelajar
akan sentiasa berusaha untuk memahirkan diri dengan mengurangkan kesilapan yang
dibuat supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran masa.
Keberkesanan
menjalani latihan industri di omni2u sedikit sebanyak dapat memberi
saya suatu pengajaran dan galakan yang amat bernilai untuk saya terus maju
serta lebih berdaya saing di dalam apa jua bidang yang di ceburi.
Antaranya cara berkomunikasi yang berkesan merupakan salah satu aset
penting yang perlu ada pada diri pelajar kerana segala penilaian yang dibuat
oleh seseorang adalah bermula dari percakapan semasa berinteraksi.
Akhir sekali, saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi tunjuk
ajar kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung di sepanjang saya
menjalani latihan industri di omni2u. Jutaan terima kasih
kepada omni2u kerana sudi menerima saya untuk menjalani
latihan industri sepanjang satu semester yang bermula dari 20/6/2016 sehingga
4/11/2016. Dengan tunjuk ajar pekerja disini , saya serba sedikit dapat
meningkatkan ilmu dan kefahaman saya di dalam semua perkara yang telah
dipelajari.
No comments:
Post a Comment